MALAYSIA
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentua
Ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu maut dalam dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Rapat Tambahan di Ipoh, Perak pada Khamis. - Foto FB Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian ibu mentuanya.
Ringkasan AI
- Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentuanya, Datin Hajah Salmiah Nyak Matt.
- Baginda berdua mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman, serta memohon Allah SWT memberikan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.
- Allahyarham meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah di Ipoh, Perak pada Khamis, seperti dilaporkan media.
Baginda berdua serta seluruh ahli keluarga diraja turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan roh Allahyarham Datin Hajah Salmiah Nyak Matt, 84, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
"Semoga juga Allah SWT mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Nya," titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Semalam media melaporkan, ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu maut dalam dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan di Ipoh, Perak pada Khamis.
-- BERNAMA
#Sultan Pahang
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#ucapan takziah
#mentua Hamzah Zainudin
#kebakaran