NATIONAL

Sultan Pahang titah kerajaan negeri kaji, perkemas pentadbiran

Seth Akmal 08/04/2025 | 05:30 MYT
Al-Sultan Abdullah bertitah ia bagi memantap dan mempercepatkan kelulusan yang membawa manfaat kepada negeri. -Facebook Kesultanan Pahang
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dititah supaya dapat memperkemas dan meningkatkan sistem pentadbiran terutamanya birokrasi kerajaan agar lebih efektif dan teratur.


Ringkasan AI
  • Sultan Pahang menekankan perlunya memperkemaskan dan meningkatkan sistem pentadbiran serta birokrasi kerajaan agar lebih efektif dan teratur.
  • Baginda menggesa pimpinan baharu untuk mengkaji kelemahan dalam birokrasi dan urusan kewangan secara terperinci.
  • Tindakan ini penting untuk memastikan kerajaan berfungsi dengan keberkesanan yang tinggi dan membawa manfaat kepada negeri.


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ia bagi memantap dan mempercepatkan kelulusan yang membawa manfaat kepada negeri.

“Antara yang saya perhatikan iaitu daripada kerajaan bahawa pimpinan yang baharu akan datang nanti supaya mengkaji dari segi selok-belok kelemahan di dalam birokrasi dan juga soal urusan kewangan lebih terperinci dan teratur,” titah baginda.


Menurut baginda, tindakan ini amat penting kerana kerajaan seharusnya mempunyai keberkesanan yang efektif.

“Ini penting kerana kita tidak mahu adanya seolah-olah kerajaan yang besar tetapi keberkesanannya tidak begitu berkesan,” titah baginda.





Paduka Baginda ditemui selepas Sesi Kunjung Hormat Barisan Kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang ke Istana Abdulaziz.


Mengiringi baginda, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed.







#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Sultan Pahang #pentadbiran Pahang #birokrasi