awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang zahir ucapan tahniah kepada Wan Rosdy terima PhD kehormat Universiti Yarmouk

Bernama
Bernama
29/04/2025
23:00 MYT
Sultan Pahang zahir ucapan tahniah kepada Wan Rosdy terima PhD kehormat Universiti Yarmouk
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan tahniah kepada Wan Rosdy atas penganugerahan Ijazah Kehormat PhD dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan di Universiti Yarmouk. - Gambar Facebook Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan di Universiti Yarmouk.
Baginda berdua, bertitah anugerah yang disampaikan sendiri oleh Presiden Universiti Yarmouk Prof Dr Islam Massad itu, merupakan satu lambang kerjasama dan pengiktirafan terhadap usaha dan kepimpinan Wan Rosdy yang membawa nama Kerajaan Pahang.
"Semoga juga penganugerahan yang diterima mampu memacu negeri Pahang ke arah kegemilangan yang berterusan dan membentuk jajaran akademik yang dapat membawa kepada percambahan ilmiah demi kebaikan semua pihak," titah baginda berdua.
Sementara itu, Wan Rosdy dalam hantaran di Facebook rasminya turut merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang menzahirkan titah ucapan tahniah kepada dirinya atas penganugerahan itu.
Beliau menyifatkan, anugerah itu merupakan suatu penghormatan besar kepada dirinya serta seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri yang sentiasa teguh mendokong prinsip tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan SDG.
"Sesungguhnya, penganugerahan ini juga daripada hasil didikan, nasihat serta tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kepada patik selama ini, yang menjadi panduan amat berharga dalam memikul amanah kepimpinan dan tanggungjawab terhadap rakyat dan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
#Universiti Yarmouk
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan