awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu

Bernama
Bernama
07/03/2025
06:15 MYT
Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor menyampaikan watikah pelantikan kepada Salehuddin sebagai Pengerusi MAIS pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS di Istana Alam Shah, Klang, 6 Mac 2025. - Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS di Istana Alam Shah, Klang semalam.
Baginda turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu, iaitu Datuk Emran Kadir serta Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.
Setiausaha MAIS Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam satu kenyataan memaklumkan, turut menghadap pada majlis pengurniaan watikah sebagai anggota MAIS ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pegawai Kewangan Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin.
Beliau berkata tempoh lantikan anggota MAIS yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 sehingga 31 Dis 2026.
Menurut beliau, pelantikan anggota MAIS yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 hingga 31 Dis 2026, menjadikan keseluruhan anggota bagi sesi 2024-2026 seramai 21 orang yang diketuai Salehuddin.
"Pelantikan ini selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengerusi MAIS
#watikah pelantikan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Salehuddin Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan