awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan rasmi Hospital Cyberjaya

Bernama
Bernama
09/03/2023
06:49 MYT
Sultan Selangor berkenan rasmi Hospital Cyberjaya
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kiri) berkenan melawat model Hospital Cyberjaya selepas merasmikan hospital itu hari ini. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya terletak dalam daerah Sepang yang dibina dengan kos kira-kira RM508.8 juta.
Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
Sultan Sharafuddin pada majlis itu berkenan menandatangani plak perasmian Hospital Cyberjaya serta melawat Jabatan Radiologi, Farmasi Pesakit Luar dan Wad Pediatrik hospital berkenaan.
Dibina atas tapak seluas 5.18 hektar, Hospital Cyberjaya berjaya disiapkan dan diserahkan oleh pihak kontraktor kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan pada 30 Jun 2021 dan mula beroperasi pada November 2022.
Ia merupakan hospital awam pertama yang menerima penarafan 'Green Building Index' (GBI) tahap platinum, berdasarkan kecekapan tenaga, penggunaan air dan bahan mesra alam melalui pengasingan bahan buangan secara efektif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
#rasmi Hospital Cyberjaya
#Kementerian Kewangan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan