MALAYSIA
Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan, pendapatan RM64.97 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima bayaran zakat perniagaan bernilai RM 28,014,625.59 daripada Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini. - Foto Bernama
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM64.97 juta daripada 13 syarikat korporat serta seorang individu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Ringkasan AI
Pada majlis itu, Lembaga Tabung Haji (TH) yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mendahului senarai syarikat pembayar zakat dan menyerahkan RM28.01 juta, menjadikan penyumbang korporat terbesar kepada LZS tahun ini.
Ia diikuti Cyberview Sdn Bhd yang menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM5.43 juta, Tenaga Nasional Berhad (RM4.57 juta), Kumpulan Gas Malaysia Berhad (RM3.5 juta) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (RM3.42 juta).
Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah PLUS Berhad RM2.6 juta, Kumpulan Proton (RM3.19 juta), Kumpulan DRB-HICOM (RM2.45 juta), Northport (Malaysia) Berhad (RM1.64 juta), Maybank Islamic Berhad (RM1.6 juta) dan Kumpulan Etiqa Takaful (RM1.5 juta).
Kumpulan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Edgenta Infrastructure Services Sdn Bhd turut menyerahkan zakat perniagaan masing-masing yang berjumlah RM1 juta.
Ahli perniagaan dan tokoh korporat Datuk Kamarudin Meranun turut menunaikan zakat pendapatan berjumlah RM5.07 juta.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Khaidzir Shahari ketika ditemui berkata sumbangan besar pengeluar zakat itu memberi impak langsung kepada lebih 350,000 penerima zakat di Selangor melalui pelbagai program bantuan dan pembangunan sosioekonomi.
"Kami amat menghargai komitmen syarikat korporat dan individu yang terus menjadikan LZS sebagai saluran utama pembayaran zakat.
"Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pembangunan asnaf sekali gus menyokong kesejahteraan masyarakat Selangor," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut hari ini Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin, Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Timbalan Pengerusi LZS Tan Sri Ambrin Buang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sultan Selangor menerima bayaran zakat berjumlah RM64.97 juta daripada 13 syarikat korporat dan seorang individu dalam majlis rasmi di Istana Alam Shah.
- Lembaga Tabung Haji menjadi penyumbang terbesar dengan RM28.01 juta, diikuti syarikat seperti Cyberview, TNB, Proton, Maybank Islamic dan lain-lain; Datuk Kamarudin Meranun turut menunaikan zakat pendapatan sebanyak RM5.06 juta.
- Sumbangan zakat ini akan dimanfaatkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk membantu lebih 350,000 penerima melalui program bantuan dan pembangunan sosioekonomi.