NATIONAL
Sultan Selangor kurnia watikah pelantikan 32 individu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Orang Besar Daerah Gombak kepada Datuk Cheremi Tarman (kiri) pada istiadat hari ini.- Foto Bernama
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 32 individu termasuk Orang Besar Daerah Gombak Datuk Cheremi Tarman di Istana Bukit Kayangan di sini.
Ringkasan AI
Istiadat pengurniaan berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Mendahului senarai penerima watikah adalah Cheremi yang merupakan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sultan Selangor turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan Ketua Pendakwa Syarie Selangor kepada Sofian Ahmad dari Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor manakala Nenney Shuhaidah Shamsuddin menerima watikah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Empat individu turut dikurniakan watikah pelantikan oleh baginda sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor iaitu Norsalwa Abdullah, Nur Fattah Ahmed, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin dan Rohaizad Redzuan.
Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Subseksyen 58 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003) manakala bagi Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pula di bawah Subseksyen 59 (1) enakmen yang sama.
Pada istiadat berkenaan, seorang dikurniakan watikah pelantikan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, lapan bagi watikah lantikan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor manakala tiga lagi menerima watikah bagi Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor.
Sebanyak 11 individu menerima watikah pelantikan Pendaftar Wali Raja di bawah Subseksyen 28 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 termasuk Mufti Selangor Datuk Anhar Opir manakala dua lagi dikurniakan watikah pelantikan Pendaftar Kanan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pengurniaan watikah pelantikan oleh Sultan Selangor: Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 32 individu, termasuk Datuk Cheremi Tarman sebagai Orang Besar Daerah Gombak, dalam istiadat di Istana Bukit Kayangan.
- Pelantikan dalam institusi kehakiman syariah: Watikah pelantikan turut diberikan kepada Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, serta beberapa individu lain dalam sistem kehakiman syariah negeri.
- Pelantikan Pendaftar Wali Raja dan Pendaftar Kanan: Sebanyak 11 individu menerima watikah sebagai Pendaftar Wali Raja, termasuk Mufti Selangor Datuk Anhar Opir, sementara dua lagi dilantik sebagai Pendaftar Kanan.
Istiadat pengurniaan berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Mendahului senarai penerima watikah adalah Cheremi yang merupakan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sultan Selangor turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan Ketua Pendakwa Syarie Selangor kepada Sofian Ahmad dari Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor manakala Nenney Shuhaidah Shamsuddin menerima watikah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Empat individu turut dikurniakan watikah pelantikan oleh baginda sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor iaitu Norsalwa Abdullah, Nur Fattah Ahmed, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin dan Rohaizad Redzuan.
Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Subseksyen 58 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003) manakala bagi Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pula di bawah Subseksyen 59 (1) enakmen yang sama.
Pada istiadat berkenaan, seorang dikurniakan watikah pelantikan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, lapan bagi watikah lantikan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor manakala tiga lagi menerima watikah bagi Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor.
Sebanyak 11 individu menerima watikah pelantikan Pendaftar Wali Raja di bawah Subseksyen 28 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 termasuk Mufti Selangor Datuk Anhar Opir manakala dua lagi dikurniakan watikah pelantikan Pendaftar Kanan.
-- BERNAMA

#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#watikah pelantikan
#Amirudin Shari
#Istana Bukit Kayangan