awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor nikah Norashikin Abdul Rahman

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2016
03:10 MYT
Sultan Selangor nikah Norashikin Abdul Rahman
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman (gambar) pada 31 Ogos lepas. - Gambar fail
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas.
Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini.
"Majlis pernikahan telah selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas," menurut kenyataan itu.
Majlis ijabkabul disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.
Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema'ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945.
Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997.
Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina, Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor).
Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.
Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#berkahwin
#norashikin abdul rahman
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan