awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Bernama
Bernama
07/06/2025
01:50 MYT
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan dukacita dan kecewa terhadap peningkatan kes penipuan pakej haji yang melibatkan umat Islam di negara ini. - Foto Facebook/Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan dukacita dan kecewa terhadap peningkatan kes penipuan pakej haji yang melibatkan umat Islam di negara ini.
"Lebih menyedihkan apabila pihak yang mengeksploitasi itu dalam kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menipu saudara seagama demi kepentingan peribadi," titah baginda.
Baginda menitahkan supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu atau syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji dengan mengambil kesempatan untuk menipu umat Islam.
Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam sentiasa memelihara kesucian ibadah haji dengan memastikan setiap urusan dibuat dengan ejen dan syarikat yang berlesen serta diiktiraf oleh pihak berkuasa untuk mengendalikan urusan haji dan umrah.
Dalam masa yang sama, baginda turut mendoakan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur dan seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat.
"Sempena Aidiladha kali ini, diharapkan sekalian umat Islam mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan melaksanakan ibadah korban demi membantu yang miskin serta menginsafi nasib golongan yang lebih daif," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#engku Permaisuri Norashikin
#Selamat Hari Raya Aidiladha
#ucapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami