awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Paduka Kekanda harap Seri Paduka Adinda bersabar jalankan tugas dan amanah'

Bernama
Bernama
06/06/2021
22:25 MYT
'Paduka Kekanda harap Seri Paduka Adinda bersabar jalankan tugas dan amanah'
Istana Alam Shah menerusi hantaran di laman Facebook 'Selangor Royal Office' pada Ahad menyatakan baginda berdua turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dilanjutkan usia, sihat wal afiat dan sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istana Alam Shah menerusi hantaran di laman Facebook 'Selangor Royal Office' pada Ahad menyatakan baginda berdua turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dilanjutkan usia, sihat wal afiat dan sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah.
Baginda berdua juga berharap agar Al-Sultan Abdullah berterusan memerintah negara dengan adil dan bijaksana berdasarkan perlembagaan negara.
"Melihat kepada situasi semasa ketika ini, Paduka Kekanda juga berharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, berlandaskan agama Islam seperti firman-firman Allah dalam Al-Quran iaitu ayat 24, Surah As-Sajdah dan ayat 39, Surah Qaaf.
"Semoga Seri Paduka Adinda terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan Malaysia dengan beroleh kemuliaan dan kesejahteraannya," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Hari Keputeraan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Tengku Permaisuri Selangor
#Tengku Permaisuri Norashikin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan