MALAYSIA
Sultan Selangor titah doa kesembuhan Sultan Brunei
Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid-masjid di negeri Selangor membacakan doa khas selepas solat Jumaat semalam bagi memohon kesembuhan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. - Gambar Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid-masjid di negeri Selangor membacakan doa khas selepas solat Jumaat semalam bagi memohon kesembuhan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office.
Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.
-- BERNAMA

#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Sultan Brunei
#Sultan Hassanal Bolkiah
#Sultan Brunei masuk IJN