awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar

Bernama
Bernama
29/03/2024
07:15 MYT
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara  - Anwar
Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian juga dikenali sebagai antara pengamal media terawal meneroka konsep media dwibahasa.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan dan buah fikiran yang dilontarkan Tokoh Wartawan Negara 2014 Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Beliau berkata Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian juga dikenali sebagai antara pengamal media terawal meneroka konsep media dwibahasa.
"Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
Ahmad Rejal, 83, meninggal dunia kira-kira 2 pagi ini di Hospital Shah Alam kerana sakit tua. Allahyarham dimasukkan ke hospital itu Jumaat lepas kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada 11 pagi ini dengan hampir 200 ahli keluarga dan sahabat seperjuangan kewartawanan hadir memberi penghormatan terakhir.
Ahmad Rejal dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2014 sebagai menghargai sumbangan cemerlang wartawan veteran itu dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Reja Arbee
#meninggal dunia
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan