awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan Bekas Tentera Tidak Berpencen, borang diedar esok

Bernama
Bernama
31/10/2012
09:20 MYT
Sumbangan Bekas Tentera Tidak Berpencen, borang diedar esok
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cawangan Kelantan dan Terengganu akan mengedarkan 50,000 keping borang permohonan untuk bekas tentera tidak berpencen di kedua-dua negeri itu mulai esok.
Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terenganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 12,000 bekas tentera tidak berpencen di Terengganu dan 32,000 orang di Kelantan.
"Namun, jumlah sebenar hanya diketahui apabila mereka ini tampil untuk mendapatkan borang permohonan yang akan melayakkan mereka menerima sumbangan RM1,000 seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.
"Sehubungan itu, jabatan berharap agar semua bekas tentera tidak berpencen ini supaya mengambil borang yang mula dikeluarkan esok dan tamat pada 30 Nov ini," katanya.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri itu, sebanyak RM234.5 juta dijangka diagihkan kepada 234,500 bekas tentera tidak berpencen di seluruh negara mulai tahun depan.
Dari jumlah itu, seramai 224,000 adalah bekas tentera anggota tetap, 10,000 bekas tentera anggota sukarelawan dan 500 tentera yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan dengan ATM mulai 1 Oktober hingga 31 Dis ini.
Abu Bakar Siddik berkata bantuan yang diberi kerajaan itu adalah pertama kali dinikmati golongan bekas tentera tidak berpencen di negara ini.
"Dalam perkhidmatan ATM, seseorang tentera itu layak menikmati pencen setelah berkhidmat, namun ada juga yang berhenti atas sebab-sebab tertentu antaranya mencari pekerjaan di tempat lain atau ada yang bertugas di jabatan kerajaan lain.
"Mereka ini tidak layak menikmati pencen, namun sumbangan yang diberi kerajaan menunjukkan keprihatinan pihak berkuasa terhadap mereka supaya kebajikan tidak terabai," katanya.
Sehubungan itu, bekas tentera tidak berpencen di kedua-dua negeri itu boleh mendapatkan borang di tujuh kem tentera di Kelantan dan empat kem tentera di Terengganu, pejabat cawangan JHEV setiap daerah dan melalui laman web www.jhev.gov.my mulai esok.
Selain sumbangan itu, JHEV yang berfungsi menjaga kebajikan bekas tentera turut mempunyai beberapa bentuk bantuan seperti bantuan sara hidup, persekolahan anak, kemasukan anak ke institut pengajian tinggi, peralatan pesakit seperti kerusi roda dan kaki palsu serta bantuan untuk bencana alam seperti banjir dan ribut.
Topic Berkaitan
#borang
#JHEV
#Kelantan
#sumbangan
#terengganu
#veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan