KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan untuk menangani peningkatan kos sara hidup menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan rakyat khususnya golongan B40.
Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Mohamad Fazli Sabri berkata sumbangan itu dilihat dapat memulihkan kuasa beli rakyat terutama apabila negara masih dalam fasa pemulihan ekonomi pasca-COVID-19.
"Kalau kita tengok 'rahmah' ini datangnya daripada perkataan 'rahima' yang membawa maksud rasa belas dan kasih sayang, ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar memahami penderitaan yang ditanggung rakyat berikutan situasi pandemik yang melanda negara sebelum ini dan peningkatan kos sara hidup," katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan BernamaTV.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembayaran STR fasa satu kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat mulai Selasa/
Pembayaran STR berkenaan dibuat mengikut kategori penerima dengan empat juta isi rumah masing-masing menerima RM300 manakala 1.2 juta warga emas yang tiada pasangan dan 3.5 juta penerima bujang masing-masing menerima RM100.
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Anwar yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata antara inisiatif lain yang terlibat di bawah konsep tersebut ialah pemberian bakul makanan, Jualan Murah Rahmah Kasih Sayang dan Cafe Rahmah untuk pelajar universiti.
Menyentuh mengenai konsep Payung Rahmah, Mohamad Fazli berpendapat inisiatif itu bersifat jangka masa pendek dan harus diluaskan supaya pelaksanaannya lebih mampan.
Menurutnya, kerajaan juga perlu melihat kepada pemerkasaan modal insan dalam aspek pemahiran semula, peningkatan kemahiran, kemahiran silang dan tidak boleh bergantung kepada pemberian wang tunai semata-mata, selain harus memberikan fokus kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana.
Senada dengan Mohamad Fazli, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS) Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan memberi perhatian kepada penyediaan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada golongan B40 dan rentan.
"Ini boleh dilakukan melalui kerjasama semua pihak termasuk majikan yang menyediakan pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi dan gaji yang tinggi dengan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
"Pendigitalan ataupun automasi juga membolehkan rakyat tempatan yang layak mampu digaji dengan bayaran yang lebih tinggi... apa yang kerajaan boleh lakukan untuk memastikan ada peluang ialah dengan peningkatan kemahiran dan pemahiran semula supaya mereka mampu memenuhi permintaan pekerjaan tersebut," katanya.
Sementara itu, Pakar Ekonomi Nungsari Ahmad Radhi berkata susulan inisiatif itu yang membabitkan implikasi kewangan yang tinggi kepada negara, beliau berpendapat agar kerajaan meneliti semula pemberian subsidi agar negara tidak mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan seterusnya mendatangkan beban baharu kepada kedudukan kewangan negara.
"Sebab itulah kalau buat pemindahan tunai kepada kumpulan sasar, kenalah kurang perbelanjaan subsidi untuk harga. Tak boleh buat dua-dua. Jika tidak, kita berdepan situasi 'gila' seperti berbelanja puluhan bilion untuk memberi subsidi harga petrol sementara pada masa sama berbelanja puluhan bilion untuk membina MRT," katanya.
Bagi seorang penerima STR, Danish Farhan Sharifuddin, 21, sumbangan itu memberi kelegaan kepadanya untuk membeli barangan keperluan harian.
"Kalau boleh kerajaan sekarang kena tengok kepada keperluan golongan yang mereka nak beri bantuan, contohnya kalau pelajar bagi amaun yang bersesuaian dengan mengambil kira beban perbelanjaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Sumbangan itu dilihat dapat memulihkan kuasa beli rakyat terutama apabila negara masih dalam fasa pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. - Gambar hiasan
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .