awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumber air Kedah kritikal jika Empangan Pedu capai 15 peratus

Bernama
Bernama
05/08/2024
09:30 MYT
Sumber air Kedah kritikal jika Empangan Pedu capai 15 peratus
Pada masa ini, kapasiti takungan Empangan Pedu adalah sebanyak 37.02 peratus dan jumlah itu dikategorikan sebagai normal dan masih tinggi. - Gambar/ Bernama
ALOR SETAR: Sumber air di Kedah akan berada pada tahap kritikal sekiranya takungan air di Empangan Pedu mencapai tahap 15 peratus, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Datuk Ismail Salleh.
Beliau berkata pada masa ini, kapasiti takungan Empangan Pedu adalah sebanyak 37.02 peratus dan jumlah itu dikategorikan sebagai normal dan masih tinggi.
"Saya perasan, akhir-akhir ini macam wujud satu keadaan panik dalam kalangan rakyat Kedah apabila Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan pada 29 hingga 31 Julai lepas. Mereka lihat apabila buat operasi itu maksudnya takungan air sudah hampir habis dan kering.
"Sebenarnya situasi ini biasa dan pernah berlaku sebelum ini. Kalau mahu tahu keadaan air di Kedah kritikal atau tidak, boleh tengok pada takungan air Empangan Pedu kerana empangan ini yang mengumpulkan sumber air dari Empangan Muda dan Empangan Ahning sebelum disalurkan kepada pengguna," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata setakat hari ini, status keseluruhan kedudukan semasa takungan air di tiga empangan itu ialah 41.97 peratus merangkumi Empangan Pedu (37.02 peratus), Empangan Muda (7.44 peratus) dan Empangan Ahning (80.76 peratus).
"Jumlah kesemua takungan itu masih tinggi jika dibandingkan dengan rekod terendah bagi 1974 hingga 2023. Empangan Pedu pernah merekodkan sebanyak 11.21 peratus pada April 1982, Empangan Muda 2.7 peratus pada Mac 1978 dan Empangan Ahning 27 peratus pada Mac 2005.
"Jumlah keseluruhan takungan air masih mencukupi untuk memenuhi permintaan dan keperluan semasa. Takungan air itu mampu menyokong tujuan pengairan tanaman padi untuk musim satu dan dua serta memenuhi keperluan pertanian, domestik dan industri," katanya.
Ismail berkata Mada berharap para peladang sentiasa mematuhi jadual penanaman yang telah ditetapkan untuk memastikan penggunaan air yang berkesan dan mengelakkan pembaziran supaya dapat memaksimumkan hasil tanaman mereka.
Dalam pada itu, katanya tiada lagi OPA buat masa ini kerana menurut jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan akan turun lebih banyak pada Ogos, September serta Oktober dan perkara itu diharapkan dapat membantu meningkatkan paras takungan air di tiga empangan berkenaan.
"Setakat 1 Ogos, stesen hujan Mada telah merekodkan bacaan sebanyak 30 milimeter (mm) turunan hujan di dalam kawasan tadahan Empangan Pedu dan Empangan Muda hasil daripada OPA yang dilakukan selama tiga hari sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mada
#Empangan Pedu
#bekalan air
#Ismail Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan