MALAYSIA

Sumud Nusantara: Dataran Merdeka dibanjiri solidariti rakyat untuk Gaza

Seth Akmal 24/08/2025 | 11:53 MYT
Ribuan warga masyarakat mula membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan solidariti ke atas warga Gaza di Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza pada Ahad. - Foto Astro AWANI/ Waffiy Norazmi
KUALA LUMPUR: Ribuan warga masyarakat mula membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan solidariti ke atas warga Gaza di Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Ribuan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza, kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025.
  • Acara dimulakan dengan solat berjemaah, solat hajat serta persembahan qasidah Majelis AzZahir.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan, mengisytiharkan Deklarasi Sumud Nusantara dan melepaskan delegasi Flotilla.


Tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai mula membanjiri padang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad seawal jam 1 tengah hari bersempena Karnival Sumud Nusantara.

Pada jam 7.30 petang orang ramai melakukan solat Maghrib secara berjemaah dan solat hajat yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Karim Al Makki.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Malam Himpunan dan Selawat: MalaysiaKu Bersama Gaza pada Ahad ini, acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba pada jam 9 malam akan menyampaikan ucapan dan disusuli Deklarasi Sumud Nusantara untuk Gaza.

Belia juga dijangka mengadakan Flag Off pelepasan delegasi Flotilla Sumud Nusantara dan bacaan Qunut Nazilah.

Majlis Himpunan dan Selawat itu juga menampilkan kumpulan qasidah Majelis AzZahir pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf.

#Sumud Nusantara #Dataran Merdeka #solidariti rakyat untuk Gaza #himpunan dan selawat