MALAYSIA
Sungai Kiulu lalui transformasi, kini syurga penggemar 'water rafting'
Sungai Kiulu menonjol sebagai tempat berakit kerana laluan rakitnya yang panjang, melebihi 14 kilometer dan disertai arus deras mencabar serta pemandangan hutan tropika yang subur. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Keunikan geografi Sungai Kiulu yang menggabungkan arus deras, jeram mencabar, dan panorama semula jadi menakjubkan, menjadikan kawasan itu 'syurga' bagi penggemar water rafting dari dalam dan luar negara sejak 20 tahun yang lepas.
Ringkasan AI
Keistimewaan itu turut membuka peluang kepada penduduk setempat meningkatkan pendapatan melalui pelancongan berasaskan komuniti atau ekopelancongan, yang sebelum ini banyak bergantung kepada hasil pertanian.
Sejak aktiviti sukan lasak ini menarik perhatian ramai, lapan syarikat pengusaha water rafting juga telah wujud di Kiulu, namun selepas pandemik COVID-19 hanya tiga masih aktif, termasuk Kiulu Water Rafting Centre.
Amin Ashraf, 51, seorang jurupandu rakit berpengalaman di pusat itu, tempat beliau bekerja kini adalah antara yang menerima ribuan pelancong setiap tahun.
Ketika mula-mula beroperasi pada 2005, dia berkata pusat itu hanya mempunyai dua atau tiga bot untuk pengalaman berakit, namun permintaan pelancong yang semakin meningkat mendorong mereka menambah kemudahan dan memperkukuh aspek keselamatan.
"Dulu kami cuma mencuba dengan dua, tiga bot sahaja. Setiap bot boleh memuatkan tujuh hingga lapan orang. Sekarang sudah ada 10 bot dan pelanggan datang tanpa henti, terutamanya pada musim cuti umum," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Amin berkata kira-kira 70 peratus pelanggan mereka terdiri pelancong asing, termasuk dari Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan China, manakala selebihnya adalah pengunjung tempatan dari Semenanjung dan Sabah.
Sungai Kiulu menonjol sebagai tempat berakit kerana laluan rakitnya yang panjang, melebihi 14 kilometer dan disertai arus deras mencabar serta pemandangan hutan tropika yang subur, menjadikannya unik berbanding sungai-sungai lain di negara ini.
"Kalau sungai di tempat lain sempit dan deras, di sini ia luas dan lebih panjang. Pelancong juga boleh melihat sendiri hidupan liar sepanjang perjalanan seperti burung, iguana, atau biawak.
"Selain itu, pada musim hujan, jeram di Sungai Kiulu boleh mencapai sehingga gred empat sekali gus menawarkan pengalaman arus deras yang lebih mencabar dan menyeronokkan kepada penggemar sukan lasak," katanya.
Kelebihan Kiulu sebagai destinasi water rafting turut diakui oleh calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai ketika ditemui Bernama.
Beliau telah lama menyedari potensi ekopelancongan di kawasan berkenaan dan kerana itu, program pembangunan giat dilaksanakan sejak menyandang kerusi itu pada 2013.
Menerusi program pelancongan berasaskan komuniti itu, Joniston Bangkuai berkata penduduk tempatan mampu menjana keuntungan hingga RM10,000 sebulan dengan memanfaatkan struktur geografi Kiulu yang unik, selain kekayaan pada budaya dan hasil kraf tangan.
"Ini besar maknanya kerana pada 2014, kita hanya ada tiga hingga empat pengusaha pelancongan sahaja di sini tetapi kini jumlahnya meningkat kepada lebih 80, termasuklah pelancongan berasaskan komuniti, maksudnya sambutan terhadap program ini amat baik," katanya yang juga bekas seorang wartawan berpengalaman.
Sehubungan dengan itu jika terus diberikan mandat, beliau berhasrat untuk mengantarabangsakan ekopelancongan Kiulu yang kini semakin mendapat perhatian dunia.
DUN Kiulu, terletak kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu dan mempunyai 17, 191 pengundi yang layak bakal melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov ini.
Pada PRN Sabah ke-16, Joniston berjaya mengatasi lima calon lain dan memenangi kerusi DUN itu dengan memperoleh undi majoriti sebanyak 1,221.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Sungai Kiulu menawarkan pengalaman water rafting yang unik dengan arus deras, jeram mencabar, dan pemandangan semula jadi menakjubkan, menjadikannya destinasi popular bagi pelancong tempatan dan asing selama 20 tahun.
- Pertumbuhan aktiviti water rafting di Kiulu telah membuka peluang kepada penduduk setempat untuk meningkatkan pendapatan melalui pelancongan berasaskan komuniti, membantu merangsang ekonomi tempatan yang sebelum ini bergantung kepada pertanian.
- Keistimewaan Sungai Kiulu yang panjang lebih dari 14 kilometer, arus deras, dan pemandangan hutan tropika subur menarik minat pelancong asing dari Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan, dan China, serta membantu pertumbuhan industri pelancongan di kawasan tersebut.