Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Gambar 'kehijauan' sungai itu tular di media sosial dan menimbulkan keterujaan dalam kalangan warganet terutama anak Melaka sendiri namun ada yang mengatakan gambar itu tidak benar dan telah disunting.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan Sungai Melaka di sini, terutama berhampiran kompleks bangunan Stadthuys dan Jalan Jonker mendapati Sungai Melaka telah kembali bersih, berwarna kehijauan, serta lebih bersih berbanding sebelum PKP, namun 'kehijauan' sungai itu tidaklah sejernih seperti yang tular di laman sosial.
Pengayuh beca Joseph Oliveira, 54, hanya tersenyum apabila ditunjukkan gambar Sungai Melaka yang tular itu dan menceritakan sepanjang pengalaman hampir lapan tahun mengayuh beca di kawasan itu, beliau tidak pernah melihat air Sungai Melaka kelihatan jernih seperti ketika ini.
"Mungkin teknik ambil gambar itu nampak air Sungai Melaka lebih jernih daripada yang sebenar, (ketika) PKP ini memang (air sungai) jernih balik kerana kurang aktiviti di Sungai Melaka, sebelum ini hari-hari sibuk dengan bot lalu lalang dan sebabkan keladak di dasar sungai naik," kata anak jati Kampung Portugis itu kepada Bernama.
Oliveira menceritakan Sungai Melaka sekitar tahun 80-an dan 90-an dahulu berwarna kehitaman dan berbau busuk, namun usaha kerajaan negeri terutama pentadbiran bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam, telah mengubah wajah Sungai Melaka sehingga dikenali sebagai 'Venice of The East'.
"Sungai Melaka yang bersih baik untuk alam sekitar dan juga boleh bantu anak Melaka cari pendapatan apabila jadi tarikan pelancong, macam saya kayuh beca. Memang amat kurang pendapatan tetapi bagi saya, berilah masa Sungai Melaka 'berehat' dahulu, lepas ini 'dia' akan bantu kita balik," katanya.
Pekerja pembersihan, Salim Bachek, 48, sependapat dengan Oliveira bahawa kekurangan aktiviti di Sungai Melaka dan kawasan sekitarnya membuatkan sungai itu kembali jernih namun tidak di semua kawasan.
"Saya dan pekerja pembersihan lain keluarkan banyak sampah daripada Sungai Melaka, tetapi ketika PKP ini, jumlahnya berkurangan daripada biasa. Tetapi orang ramai jangan pula mandi atau celup kaki kerana air sungai masih lagi kotor, tidak bersih macam kolam renang," kata anak jadi Bachang itu.
Selain orang ramai, individu yang bertanggungjawab memberikan 'nafas' baharu kepada Sungai Melaka iaitu Mohd Ali turut meluahkan kegembiraan apabila Sungai Melaka kembali bersih dan meminta orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan itu untuk diwarisi generasi akan datang.
"Bertambah bersih (air Sungai Melaka) terutama kawasan bandar boleh nampak ikan berenang dalam tu, tetapi jika kita tidak jaga akan kotor balik nanti. Jadi kita sama-sama jaga kebersihan Sungai Melaka," katanya.
Sementara itu di laman sosial Facebook, ramai warganet memberikan pelbagai maklum balas terhadap perubahan air Sungai Melaka dan ada juga warganet yang mencadangkan pelbagai langkah bagi mengekalkan kebersihan Sungai Melaka.
Warganet, Muhammad Arif Hishammudin, mencadangkan hukuman denda baharu bagi mereka yang membuang sampah atau menyebabkan sungai itu kotor, Ricky Ricardo Marcello pula berpendapat cuaca panas sebelum ini menyebabkan tiada air baharu masuk ke sungai menyebabkan Sungai Melaka tidak keruh.
Tidak kurang juga ramai yang meluahkan perasaan gembira apabila melihat telatah pelbagai haiwan antaranya biawak di Sungai Melaka dan ketika tinjauan Bernama mendapati air bersih Sungai Melaka memudahkan pengunjung menyaksikan telatah haiwan yang terdapat di dalam sungai itu.
Semakan dengan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka mendapati bot pelancongan Melaka River Cruise ditutup ketika tempoh PKP bagi mengekang penularan COVID-19.
- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020

Sungai Melaka jernih 'kehijauan' ketika PKP. - Gambar BERNAMA.
![[TERKINI] Perkembangan COVID-19 Malaysia setakat 25 Februari 2021 [TERKINI] Perkembangan COVID-19 Malaysia setakat 25 Februari 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892502/574696671614250726265_640x360.jpg)
[TERKINI] Perkembangan COVID-19 Malaysia setakat 25 Februari 2021
Ikuti perkembangan terkini angka kes penularan wabak COVID-19 Malaysia setakat 25 Februari 2021

PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.

COVID-19: 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes merupakan kes import.

PKPD di tiga lokaliti di Besut ditamatkan - Ismail Sabri
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu akan ditamatkan pada 27 Februari ini.

Pembentukan Kabinet bayangan beri tawaran kredibel kepada PH - Dr Sivamurugan
Kabinet bayangan akan membolehkan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan seperti parti politik dan pemimpinnya turut sama-sama terlibat dalam isu nasional.

Jangan salah anggap saranan tangguh suntikan vaksin bagi ibu hamil
Memikirkan risiko tinggi dijangkiti COVID-19, pastinya wanita hamil dan yang menyusukan anak mahu mengambil suntikan vaksin sebagai perisai diri daripada ancaman pandemik itu.

Lima fokus utama sidang media Ismail Sabri hari ini
Seramai 460 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, 388 daripadanya dikompaun manakala 70 lagi individu direman dan dua dijamin.

Mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) dibenarkan 5 Mac 2021
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kebenaran itu bagaimanapun menetapkan jumlah pengunjung dihadkan 25 peratus daripada kapasiti premis atau maksimum 250 orang. Katanya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Jawatankuasa Teknikal mengenai isu berkenaan.

Perkhidmatan manicure dan padicure di kawasan PKP masih tidak dibenarkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, KKM minta masa sedikit untuk membuat penilaian risiko Langkah itu perlu dibuat kerana perkhidmatan tersebut melibatkan sentuhan dan harus juga menilai permohonan spa dan urutan

Duduk di rumah berbeza pun boleh untuk keluar dan naiki kenderaan yang sama
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu, beliau tidak pernah menyebut hanya dari rumah yang sama dibenarkan untuk keluar dalam satu kenderaan sama. Rumah berbeza dan naiki kenderaan sama jua dibenarkan.

COVID-19: Jumlah pelancong ke Melaka terkesan
Peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara yang mencapai tiga angka sejak 25 Sept lepas, sekali lagi memberi kesan pada industri pelancongan di Melaka.

Sungai Melaka bertukar jernih kehijauan sejak PKP
Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Imbangan pengkomersilan dan pemeliharaan warisan di Melaka
Sejak lebih sedekad, Melaka berjaya mengkomersilkan khazanah warisan bersejarahnya menerusi pelancongan, namun hari demi hari pengkomersilan itu menjadi ancaman kepada tapak warisan.