MALAYSIA
Suntikan kurus kian popular, doktor ingatkan ia bukan 'ubat ajaib'
Dr Suffian menegaskan bahawa suntikan ini bukanlah ubat ajaib dan perlu digunakan di bawah pengawasan doktor bertauliah bagi menentukan dos yang sesuai. - Foto Dr Suffian
KUALA LUMPUR : Memiliki tubuh yang langsing dan sihat menjadi impian ramai, namun usaha menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah.
Ringkasan AI
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kaedah suntikan kurus semakin mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan individu yang buntu mencari penyelesaian terhadap masalah berat badan.
Menurut Dr Suffian Sani Sayuti, pakar perubatan yang berpengalaman dalam rawatan obesiti, kaedah ini semakin popular dan menjadi pilihan selebriti dalam serta luar negara.
“Penggunaan ubat suntikan seperti Semaglutide, atau nama komersialnya Ozempic, kini hangat dibincangkan di media sosial walaupun ia telah diperkenalkan sejak lima tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dr Suffian, yang juga Pengasas dan Pengarah Urusan Eksekutif Megaklinik Dr Suffian, menjelaskan bahawa ubat tersebut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk tujuan penurunan berat badan.
Namun, beliau menegaskan bahawa ia bukanlah ubat ajaib dan perlu digunakan di bawah pengawasan doktor bertauliah bagi menentukan dos yang sesuai serta mengelakkan risiko kesan sampingan.
"Ozempic mengandungi bahan aktif semaglutide yang pada asalnya digunakan untuk menstabilkan paras gula darah dalam kalangan pesakit diabetes.
"Kini, ia digunakan secara meluas untuk membantu individu mengawal selera makan dan meningkatkan rasa kenyang, sekali gus mengurangkan pengambilan makanan harian.
Suntikan ini hanya dilakukan seminggu sekali dan perlu disertai dengan amalan diet sihat serta senaman berkala," jelasnya.
Kaedah penggunaannya juga mudah, hanya melibatkan suntikan menggunakan pen khas di bahagian perut.
Menurut Dr Suffian, kaedah ini tidak menyakitkan dan lebih praktikal berbanding pengambilan produk pelangsing setiap hari.
Beliau yang baru pulang dari Universiti Oxford untuk melanjutkan pengajian menekankan bahawa keberkesanan ubat perlu digabungkan dengan bimbingan doktor berpengalaman.
Rawatan seminggu sekali ini membolehkan individu menjalani kehidupan seperti biasa sambil mengalami perubahan fizikal secara beransur-ansur.
Selain membantu penurunan berat badan, suntikan ini juga dipercayai dapat mengurangkan kadar inflamasi dalam badan, sekali gus membantu mengawal penyakit seperti radang kulit dan asma.
Ia turut berpotensi mengurangkan risiko serangan jantung, strok dan masalah fizikal seperti sakit belakang, lutut dan tumit akibat berat badan berlebihan.
Dari sudut psikologi, penurunan berat badan yang berjaya dengan bimbingan doktor boleh meningkatkan kesejahteraan emosi, mengurangkan tekanan dan memberi rasa selesa serta positif kepada individu.
Mengulas mengenai kesan sampingan, Dr Suffian menjelaskan bahawa pengguna mungkin mengalami tiga jenis kesan bergantung kepada tempoh penggunaan.
"Dalam tempoh dua hingga tiga hari selepas suntikan, individu mungkin berasa kembung, loya, muntah atau mengalami cirit-birit.
"Selepas sebulan hingga enam minggu, sesetengah pengguna mungkin menghadapi masalah sembelit akibat pengurangan pengambilan makanan dan air," katanya.
Bagi penggunaan jangka panjang antara tiga bulan hingga setahun, penurunan jisim otot sebanyak 15 hingga 30 peratus boleh berlaku, yang berisiko menjejaskan kesihatan keseluruhan.
Ini termasuk perubahan pada peratusan lemak, lemak tepu, kekuatan otot, kadar air berlebihan dan penilaian kesihatan sel badan melalui Body Phase Angle.
Dr Suffian turut menekankan bahawa tujuan utama penggunaan suntikan ini adalah untuk menggalakkan perubahan gaya hidup yang lebih sihat, termasuk pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal konsisten.
Beliau menyarankan agar rawatan ini diamalkan sekurang-kurangnya selama tiga hingga enam bulan bagi memastikan metabolisme dan gaya hidup baharu dapat dikekalkan.
“Rawatan penurunan berat badan bukan sekadar ubat, diet dan senaman. Faktor seperti tekanan harian, kualiti tidur, hormon dan genetik juga memainkan peranan besar,” katanya yang memiliki lebih tujuh tahun pengalaman dalam pengurusan obesiti di pelbagai negara.
Ringkasan AI
- Suntikan Semaglutide (Ozempic) semakin popular sebagai kaedah penurunan berat badan, dengan kelulusan KKM dan FDA, namun perlu digunakan di bawah pengawasan doktor bertauliah.
- Rawatan seminggu sekali ini bantu kawal selera makan, kurangkan inflamasi dan risiko penyakit, serta beri kesan positif dari segi fizikal dan psikologi jika digabungkan dengan gaya hidup sihat.
- Kesan sampingan bergantung kepada tempoh penggunaan, termasuk loya, sembelit dan penurunan jisim otot, justeru pemantauan dan bimbingan profesional amat penting.