awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntikan RM21 juta kepada 15 syarikat industri kreatif

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
17/02/2014
04:45 MYT
Suntikan RM21 juta kepada 15 syarikat industri kreatif
Dana sebanyak RM21 juta ‎diagih kepada 15 buah syarikat yang berjaya bagi merangsang industri kreatif tempatan.
Ia merupakan suntikan melalui kewangan strategik dan inovatif dalam bentuk ekuiti, pinjaman serta gabungan kedua-duanya.
Ia diumum My‎Creative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) dan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Johan Ishak berkata, ia merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan yang bermatlamat meningkatkan inovasi dalam bentuk ekuiti atau pinjaman.
"Ia dilancar pada September 2012 berikutan peruntukan sebanyak RM200 juta dari Belanjawan 2012 dan tujuh cabang industri seni kreatif telah dikenalpasti bagi tujuan skim kewangan," katanya.
Johan berkata demikian semasa berucap ‎pada majlis Penamaan Penerima Skim Kewangan di sini.
Turut hadir, Pengerusi MyCreative, Datuk Sri Ahmad Farid Ridzuan.
Tambah Johan, cabang bantuan skim itu termasuk seni visual, seni persembahan, muzik, sastera, k‎andungan kreatif, fesyen dan rekaan serta seni tradisional dan kebudayaan.
"Kami menerima lebih daripada 100 permohonan daripada kelompok kreatif sejak dilancarkan.
"Pemohon yang berminat dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka kepada jawatankuasa yang ditetapkan," ujarnya
Jelasnya, MyCreative kini masih menyemak dan menilai lebih daripada 100 permohonan dan antaranya 20 syarikat yang penilaiannya hampir 80 peratus selesai kerana penelitian lanjut diperlukan.
"15 syarikat telah diluluskan bagi skim kewangan dan ia meliputi sektor seni visual, fesyen, muzik, seni persembahan dan kandungan kreatif, " katanya.
Katanya lagi, suntikan itu bakal menjadi pemangkin untuk mendorong gerakan keusahawanan di kalangan penggiat industri ini sekali gus mencetus semangat keusahawanan yang sama dikalangan penggiat industri yang lain.
Pemohon atau syarikat kreatif yang berminat boleh menghantar borang dan usul perniagaan melalui portal sesawang MyCreative iaitu Pitchbox di www.mycreative.com.my.
Usul perlu terdiri daripada kertas konsep yang meliputi idea perniagaan, tawaran perkhidmatan, sasaran pasaran dan kedudukan nilai serta unjuran kewangan selama lima tahun.
Topic Berkaitan
#dana
#industri kreatif
#Johan Ishak
#MyCreative
#MyCreative Ventures Sdn Bhd
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan