SINGAPURA: Suntikan vaksin COVID-19 akan kekal menjadi syarat kelulusan bagi permohonan baharu pas jangka panjang dan pas kerja di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu.
MOH dalam satu kenyataan, memaklumkan langkah itu diambil bagi mengekalkan kadar vaksinasi yang tinggi dalam populasi di Singapura, di samping menyokong pembukaan semula sektor ekonomi yang selamat dan meminimumkan gangguan perniagaan.
Selain itu menurut MOH bukti vaksinasi juga diperlukan untuk tujuan pembaharuan pas kerja sedia ada bagi pemegang Pas S dan Permit Kerja dalam sektor pembinaan, limbungan marin dan pemprosesan atau mereka yang tinggal di asrama pekerja.
Langkah itu dilihat penting memandangkan tapak pembinaan dan asrama pekerja ialah kawasan berisiko tinggi mengalami penularan penyakit.
Bagaimanapun, bukti vaksinasi tidak lagi diperlukan untuk tujuan pembaharuan pas kerja lain.
Keperluan menyemak semula vaksinasi untuk tujuan pembaharuan pas kerja akan berkuat kuasa mulai 1 Okt 2022, dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk butiran lanjut.
Sementara itu, MOH memaklumkan semua pelancong yang tidak lengkap vaksin COVID-19, serta memasuki Singapura mulai 29 Ogos 2022 tidak lagi diminta menjalani kuarantin di rumah (SHN) selama tujuh hari selepas ketibaan, atau tertakluk kepada ujian PCR.
Bagaimanapun, mereka tetap diwajibkan menjalani ujian pengesanan COVID-19, serta negatif ujian pra-berlepas dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Singapura.
Pelawat Jangka Pendek (STV) yang tidak lengkap vaksinasi dikehendaki membeli insurans perjalanan COVID-19.
Pada masa ini, pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) dan STV berusia 13 tahun ke atas yang tidak lengkap vaksinasi dikehendaki memohon kelulusan untuk memasuki Singapura.
Keperluan itu juga akan ditarik balik mulai 29 Ogos 2022, menurut kenyataan itu.
Memandangkan LTPH dijangka tinggal di Singapura untuk tempoh lebih lama, mereka dikehendaki memenuhi semua keperluan Langkah Pengurusan Selamat (VDS) selepas tiba di Singapura.
Bilangan jangkitan dalam komuniti terus menunjukkan trend penurunan sejak akhir Julai, dan nisbah jangkitan minggu ke minggu berada di bawah paras 0.7.
Sehingga 23 Ogos 2022, purata jangkitan harian untuk tempoh tujuh hari adalah 2,700 - turun berbanding 10,200 pada pertengahan Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Keperluan menyemak semula vaksinasi untuk tujuan pembaharuan pas kerja akan berkuat kuasa mulai 1 Okt 2022. - Gambar fail/ Bernama
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.