[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Suntikan vaksin COVID-19 remaja di Labuan dan Lembah Klang diberikan selepas Sarawak

Bernama 08/09/2021 | 04:26 MYT
Khairy berkata, Sarawak akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi, di mana vaksin jenis Pfizer akan diberikan kepada golongan remaja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suntikan vaksin COVID-19 terhadap remaja di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas selesai vaksinasi di Sarawak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
"Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi COVID-19 terhadap remaja.
"Vaksinasi remaja di Sarawak akan bermula hari ini, bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun dan berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.
"Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.
Kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak akan menerima suntikan vaksin mereka, hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Khairy Jamaluddin #Lembah Klang #remaja #Labuan #suntikan vaksin COVID-19