awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Superkomputer Google, AlphaGo tumpaskan pemain manusia

Agensi
Agensi
09/03/2016
11:00 MYT
Superkomputer Google, AlphaGo tumpaskan pemain manusia
Perlawanan antara Lee dan AlphaGo menjadi tumpuan dan disiar secara langsung atas talian di Korea Selatan, China, dan Jepun - Foto AFP
Superkomputer ciptaan Google mengejutkan grandmaster permainan Go, Lee Se-dol dengan memenangi pusingan pertama dalam siri lima perlawanan di Seoul, hari ini.
Lee yang dianggap sebagai antara pemain Go paling hebat dalam era moden, menyerah kalah selepas lebih tiga jam bertarung dengan komputer AlphaGo.
Walaupun AlphaGo sebelum ini mudah menewaskan juara Eropah, Fan Hui dengan mata 5-0, komputer tersebut pada awalnya diramal berhadapan laluan sukar menentang Lee yang mengungguli senarai kedudukan pemain Go dunia sepanjang dekad ini.
Menurut pencipta AlphaGo, algoritma yang digunakan membenarkan komputer tersebut mempelajari gerakan yang lebih baik melalui permainan yang dilalui sebelum ini.
Go merupakan permainan tradisi yang kini dimainkan sebagai permainan video - Foto AFP
Go merupakan permainan tradisi yang kini dimainkan sebagai permainan video - Foto AFP
Perlawanan antara Lee dan AlphaGo menjadi tumpuan dan disiar secara langsung atas talian di Korea Selatan, China, dan Jepun.
Pertembungan manusia dan komputer yang dizahirkan melalui perlawanan lima hari ini dilihat sebagai ujian terhadap kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).
Pada tahun 1997, superkomputer IBM bernama Deep Blue telah menewaskan juara catur dunia ketika itu, Garry Kasparov.
Topic Berkaitan
#AlphaGo
#permainan Go
#superkomputer Google
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan