ALOR SETAR: Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dengan aksi “Superman” mengundang padah apabila gelagatnya dirakam pengguna lebuh raya sebelum rakaman itu sampai kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, video berdurasi 41 saat itu diterima polis pada jam 1.50 tengah hari, Jumaat lalu.
Ekoran itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan siasatan dan mendapati perbuatan itu dilakukan di Kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan).
"Dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Lelaki berusia 19 tahun berjaya ditahan jam 6 petang pada hari sama.
"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari pengaruh dadah.
"Penunggang motosikal itu direman empat hari bermula semalam sehingga 28 Disember ini untuk membantu siasatan," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Dec 26 2021
Polis mendapati perbuatan itu dilakukan di Kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan). - Gambar/ PDRM
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Remaja buat aksi 'Superman' di lebuh raya ditahan
Tindakan seorang remaja melakukan aksi Superman ketika menunggang motosikal membawa padah apabila ditahan polis berhampiran Plaza Tol Jabor, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada Sabtu.
Lumba haram: Mat rempit tunjuk aksi 'superman', 50 motosikal disita
Sekumpulan mat rempit itu ditahan selepas didapati menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi tunggangan 'ala superman'.
Lima 'Superman' ditahan
Kesemua penunggang motosikal terbabit ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang bermula jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi.
'Superman' kena tahan
Video berdurasi 41 saat itu diterima polis pada jam 1.50 petang, Jumaat lalu.
'Mat rempit ' buat aksi 'superman' kena tahan
Sudahlah berlumba haram, sekumpulan sembilan 'mat rempit' mencabar polis yang mengejar mereka dengan melakukan aksi 'superman'.
[INFOGRAFIK] Ini rating filem adiwira DCEU paling gempak! Anda setuju tak?
Rating filem adiwira DCEU. Adakah anda bersetuju?
Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox
Saham Genting jatuh 53 sen, atau 15 peratus ke RM3.01 sehingga jam 2 petang tadi. Saham jatuh akibat pembatalan kontrak dengan Disney / Fox
12 termasuk tujuh 'superman' ditahan polis trafik
Kelincahan tujuh samseng jalanan yang membuat aksi 'superman' sambil berlumba terbantut selepas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur berjaya memberkas mereka awal pagi ini.
Maybank tawar kad debit Maybankard Visa Superman
Malayan Banking Bhd menjalin pakatan dengan Warner Bros untuk mengeluarkan kad debit yang memaparkan hero "Superman" dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju kad debit.