Surat desak Speaker adakan sidang Dewan Rakyat Khas dihantar esok

Bernama
Mac 1, 2020 10:05 MYT
JOHARI: Kita akan mendesak Speaker Dewan Rakyat panggil sidang Parlimen tergempar. - Facebook / Johari bin Abdul
Satu surat bagi mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengadakan sidang Dewan Rakyat khas akan dihantar esok.
Ketua Whip Pakatan Harapan (PH) Datuk Johari Abdul berkata surat itu akan dihantar oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita telah buat keputusan dalam Pakatan Harapan, keputusan kita adalah kita akan mendesak Speaker Dewan Rakyat panggil sidang Parlimen tergempar untuk semua ahli Parlimen masuk dan tunjuk siapa yang ada cukup undi, siapa yang tiada undi," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas mesyuarat khas PKR melibatkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PH.
-- BERNAMA
#Johari Abdul #ketua whip #Mohamad Ariff Md Yusof #Pakatan Harapan #Sidang Parlimen #Yang Di-Pertua Dewan Rakyat