awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat rasmi kerajaan tidak lagi guna frasa "saya yang menurut perintah"

Bernama
Bernama
20/09/2018
10:27 MYT
Surat rasmi kerajaan tidak lagi guna frasa  "saya yang menurut perintah"
Pertukaran itu sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Kerajaan bersetuju frasa "saya yang menurut perintah" yang digunakan dalam surat rasmi Kerajaan digantikan dengan frasa "saya yang menjalankan amanah" berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah berkata langkah itu sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
"Dalam konteks ini, amanah bermaksud rela dan berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
"Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Oleh itu, Borhan berkata sifat amanah merupakan nilai asas yang perlu ada pada setiap penjawat awam dalam menjalankan tugas agar setiap kerja atau perkhidmatan yang dihasilkan bermutu tinggi.
Borhan berkata penggantian frasa itu hanya melibatkan pindaan perenggan 6.4(g), Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
Sebelum ini, pekeliling itu menyatakan bahawa setiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan "saya yang menurut perintah" di sudut sebelah kiri bawah sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan.
Cadangan supaya frasa tersebut ditukar, disuarakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi Town Hall bersama pegawai tadbir dan diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 15 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Borhan Dolah
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
#penjawat awam
#surat rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan