SURAT terbuka nukilan editor majalah permotoran Motor Traders, Chips Yap mendapat perhatian netizen minggu ini.
Surat tersebut disiarkan di laman sesawang majalah tersebut dan dikongsi di laman media sosial sebagai respon terhadap tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di blognya minggu lalu yang menganggap wartawan tidak bersungguh-sungguh memberi liputan terhadap majlis pelancaran enjin baharu keluaran Proton.
Chips dalam surat terbukanya mengingatkan Mahathir tentang komitmen para wartawan permotoran terhadap Proton sejak syarikat kereta nasional itu ditubuhkan lebih 30 tahun lalu.
Kepercayaan wartawan, bagaimanapun, menurut Chips tidak dibalas oleh Proton apabila kesilapan demi kesilapan yang ditegur tidak dibaiki. Misalnya, kegagalan fungsi power window yang berterusan sehingga sinonim dengan nama Proton.
Editor berpengalaman itu turut berkongsi satu analogi mudah:
Bayangkan anda anak kecil yang berada dalam kereta Waja dengan power window yang asyik bermasalah. Anda asyik mendengar bapa anda berkali-kali meluahkan penyesalannya membeli kereta Proton. Apabila anda dewasa kelak, adakah anda akan memilih Proton?
Chips juga berpesan kepada Mahathir bahawa beliau perlu mendalami kesusahan rakyat biasa berkunjung ke pusat servis dan bengkel bagi menukar komponen rosak yang mungkin tidak dilalui olehnya sebagai mantan pemimpin tertinggi negara.
Contohi resepi kejayaan pengeluar lain
Surat terbuka Chips turut mengemukakan contoh beberapa pengeluar kereta lain yang komited dalam menghasilkan produk yang bermutu dan boleh diharap.
Chips berkongsi pengalaman berkunjung ke Perodua dan dia terkejut apabila mendapati timbunan kertas yang merupakan cetakan dari forum atas talian yang membincangkan kelemahan kereta Perodua yang dikongsi oleh para pengguna.
Hal ini berbeza sekali dengan Proton yang tidak mempedulikan cadangan Chips agar wartawan permotoran diberi peluang berkongsi idea untuk projek kereta kebangsaan dan pendapat mereka hanya dipedulikan 20 tahun kemudian apabila Datuk Seri Syed Zainal Abidin meminta sumbangan wartawan dalam memperkaya sudut pandang para jurutera Proton.
Sikap rajin dan rendah diri pemilik jenama kereta nombor satu dunia, Toyota turut dipuji oleh Chips.
Tegasnya, syarikat kereta Jepun berjaya menjadi pengeluar disegani kerana mereka tidak berlagak ‘seolah tahu segalanya’ dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti.
Beberapa pengeluar kereta Jepun seperti Toyota dan Honda turut bersaing sengit dalam pasaran tempatan dan tidak dilindungi secara keterlaluan oleh kerajaan untuk mengelakkan wujudnya sikap ‘jaguh kampung’.
'Kami mahu bangga dengan Proton'
Rata-rata netizen bersetuju dengan surat Chips Yap dan mahu Mahathir meneliti terlebih dahulu komitmen Proton terhadap kualiti dan kebolehpercayaan produk sebelum menuding jari kepada orang lain.
Netizen turut berkongsi sentimen sama bahawa mereka mahu bangga dengan syarikat kereta nasional pertama negara namun sekiranya kualiti masih belum dititik berat dan Proton tidak sanggup mengambil keputusan perniagaan yang sebenar, sokongan tersebut sukar diberikan.
Nizam Bakeri
Fri Feb 19 2016
Chips Yap dalam surat terbukanya mendedahkan dia sudah beberapa kali mempertaruhkan kredibilitinya dengan memberi laporan yang baik tentang Proton walaupun terdapat masalah yang belum diselesaikan pada kereta keluaran syarikat itu - Foto fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Surat terbuka editor majalah untuk Tun Mahathir dedah punca Proton kurang sambutan
Chips Yap menjawab tuduhan Mahathir tentang wartawan tempatan yang kurang berminat membuat liputan tentang pelancaran enjin baharu Proton.