KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung surat tular yang didakwa milik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di laman sosial pada Selasa.
"Hari ini, saya selamat", kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bersama Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.
Respon Ahmad Zahid ini ialah selepas Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi gambaran bahawa fokus sidang media berkenaan tertumpu kepada perkara kemajuan desa dan wilayah sahaja.
Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Sim Kui Hian, merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
Tular di media sosial pada Selasa, surat didakwa daripada RoS berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.
Ia selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang pada 18 Mac depan.
BACA: Pemilihan UMNO: Surat didakwa daripada RoS tular
Surat berkenaan yang disiarkan menerusi Facebook Planetmalaya antara lain memaparkan kandungan surat terbabit yang dikatakan keputusan RoS terhadap usul tambahan tersebut.
"Ini adalah surat RoS di mana keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti yang akan datang adalah TIDAK SAH," dakwa Planetmalaya.
Astro Awani
Tue Mar 07 2023

Respon ringkas Ahmad Zahid (tengah), "hari ini saya selamat". - Foto tangkapan layar Astro AWANI

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

'Saya tak tahu surat tular itu' - Ahmad Zahid
Sebelum itu, beliau mengesahkan bahawa Setiausaha Agung UMNO telah pun menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri.

Surat tular: 'Saya selamat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung surat tular yang didakwa milik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di laman sosial pada Selasa.