MALAYSIA
Suri rumah didakwa terima lebih RM1.3 juta hasil aktiviti haram di Tawau
Jika sabit kesalahan, Norhafiza berdepan hukuman dipenjara maksimum 15 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi. - Gambar hiasan
TAWAU: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram bernilai lebih RM1.3 juta, dua tahun lepas.
Norhafiza Abbas, 32, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Empat pertuduhan mendakwa Norhafiza menggunakan akaun Maybank Islamic Berhad milik Abbas Family Enterprise, untuk menerima RM1,288,823.50 manakala satu pertuduhan lagi melibatkan penerimaan RM23,500 ke akaun Maybank milliknya sendiri.
Wang tersebut didakwa diterima daripada akaun Maybank Islamic Berhad dan akaun Public Islamic Bank Berhad milik Zerina Collection, yang merupakan hasil aktiviti haram antara 20 Mei 2023 hingga 18 Julai 2023 di Tawau.
Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum mengikut subseksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, Norhafiza berdepan hukuman dipenjara maksimum 15 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membenarkan Norhafiza diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 2 Dis ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi manakala wanita itu tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA