NATIONAL
Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat seks melalui WhatsApp

Aniza ditangkap semasa polis menjalankan Op Noda di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian, pada 16 November. Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan. -Bernama
KOTA BHARU: Seorang suri rumah dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi WhatsApp di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian.
Ringkasan AI
- Aniza Shakiera Ahmad, seorang suri rumah, dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks melalui WhatsApp.
- Aniza ditangkap semasa polis menjalankan Op Noda di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian, pada 16 November. Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
- Jika gagal membayar denda, Aniza boleh dipenjara selama dua bulan. Peguamnya memohon jaminan dikurangkan atas faktor dia adalah suri rumah sepenuh masa dengan tujuh anak.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap semasa polis menjalankan Op Noda dan membuat serbuan atau pemeriksaan di rumah tumpangan terbabit bilamana dia telah menawarkan khidmat seks dengan bayaran sebanyak RM150 sekali langganan.
Wanita berkenaan didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK) Ariyani Mohd Amin @ Abdul Hamid.
Ariyani mewakili anak guamnya memohon jaminan dikurangkan atas faktor tertuduh adalah suri rumah sepenuh masa, mempunyai tujuh anak dan suami bekerja di kilang pemprosesan ayam.
Mahkamah mengenakan denda RM2,000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara dua bulan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami