[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Suri rumah ditahan curi wang tabung surau

Bernama 29/04/2025 | 09:00 MYT
Suspek berusia 34 tahun dari Bukit Payong, Marang, ditahan bersama wang tabung sebanyak RM22. -Gambar hiasan/Pixabay
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah yang aktif menjalankan kegiatan mencuri wang tabung Surau Kampung Padang di Jalan Gelong Bilal, Pasir Panjang di sini akhirnya berjaya ditangkap kira-kira 5 petang semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang suri rumah ditangkap ketika mencuri wang tabung surau di Kampung Padang, Pasir Panjang.
  • Suspek berusia 34 tahun dari Bukit Payong, Marang, ditahan bersama wang tabung sebanyak RM22.
  • Suspek direman empat hari hingga 1 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 34 tahun yang berasal dari Bukit Payong, Marang itu ditahan ketika sedang asyik mengumpil tabung dengan menggunakan sebatang senduk besi dan pembaris besi.
Beliau berkata kejadian itu disedari seorang penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada imam surau berkenaan.
"Siasatan mendapati suspek sama dipercayai telah mencuri wang di surau berkenaan pada 21 April lepas. Pada waktu itu suspek memberi alasan ingin tumpang berehat tetapi setelah diperiksa wang tabung anggaran sekitar RM300 telah hilang.
"Suspek juga dipercayai mengulangi perbuatan itu pada 25 April tetapi dia berjaya melarikan diri selepas kegiatannya disedari oleh ibu kepada imam surau berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.-- LAGI
Bagaimanapun, Azli berkata percubaan kali ketiga suspek akhirnya membawa padah apabila dia ditangkap bersama wang tabung sebanyak RM22.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati surau berkenaan tidak berpagar dan tidak dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Suspek direman empat hari hingga 1 Mei. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.-- BERNAMA
#Suri Rumah #curi wang tabung surau #Kampung Padang Pasir Panjang #wang tabung sebanyak RM22