NATIONAL
Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua
Kedua-dua tertuduh dikawal anggota polis keluar dari mahkamah selepas selesai sebutan kes mereka di Mahkamah Sesyen Kuantan dpada Jumaat.
KUANTAN: Seorang suri rumah dan rakannya didakwa merompak barang kemas milik ibu mentua wanita itu sendiri di Felda Chini Timur 1, Pekan, di sini Mac lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh, Sri Farhana Nabila Mohd Kamal, 27, dan Mohd Fazlin Rahmat, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan itu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa secara bersama melakukan rompakan ke atas barang kemas berupa rantai dan gelang tangan emas milik seorang wanita berusia 56 tahun yang juga ibu mentua kepada Sri Farhana Nabila sendiri.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Felda Chini Timur 1, Pekan kira-kira jam 11.50 malam, 20 Mac lalu.
Ketika rompakan itu, tertuduh didakwa menggunakan senjata berbahaya sebilah pisau.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 397 KK.
Jika sabit kesalahan, suri rumah dan rakannya itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad di hadapan Hakim, Azman Mustapha.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan keatas kedua-dua tertuduh mengambil kira mangsa merupakan ahli keluarga salah seorang daripada mereka.
Justeru, mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap semua tertuduh bagaimanapun mereka dibenarkan berbuat demikian selepas melantik peguam pada tarikh sebutan seterusnya yang ditetapkan pada 25 Jun depan.
Sebelum ini, media melaporkan helah wanita itu terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian rompakan yang didakwa dilakukan empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau itu dirancangnya sendiri bersama seorang rakan bagi mendapatkan barangan kemas bernilai RM12,000 milik ibu mentuanya.
Tertuduh wanita kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Hasil risikan dan tindakan pantas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, lima individu termasuk kedua-dua tertuduh telah ditahan dalam serbuan berasingan pada 15 Mei lalu.
Siasatan lanjut mendapati wanita itu sebenarnya merancang untuk merompak barang kemas milik ibu mentuanya dan hasil jualan barang kemas tersebut digunakan untuk membayar suspek lain serta melunaskan hutang along. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang suri rumah dan rakannya didakwa merompak barang kemas milik ibu mentua wanita itu sendiri di Felda Chini Timur 1, Pekan, dengan menggunakan pisau sebagai senjata.
- Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan tidak ditawarkan jaminan kerana mangsa adalah ahli keluarga; kes akan disebut semula pada 25 Jun.
- Siasatan polis mendapati rompakan itu dirancang oleh wanita tersebut sendiri untuk melunaskan hutang, dan dia turut membuat laporan palsu mendakwa disamun oleh empat lelaki bertopeng.