[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian

Bernama 25/12/2024 | 04:20 MYT
Mangsa telah membuat bayaran dengan 28 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza untuk mendapatkan semula pautan daripada suspek. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang suri rumah berusia 38 tahun kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial di Bera pada pertengahan Disember lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa tertarik untuk menyertai tawaran kerja atas talian menggunakan platform dikenali 'Hand Craft Group 049' pada 13 Dis lepas yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi setiap produk dijual di Telegram.
Mangsa telah diberikan pautan bagi melakukan setiap tugasan berkenaan bagaimanapun suspek kemudian mengarahkan wanita itu membuat semula kerja kraf tangan itu kerana kononnya terdapat kesilapan.
"Dalam pada itu, mangsa juga telah membuat bayaran dengan 28 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza untuk mendapatkan semula pautan daripada suspek.
"Mangsa mula menyedari ditipu apabila suspek mengatakan mangsa berjaya mendapat komisyen sebanyak RM200,000 tetapi gagal ditebus sehingga mengalami kerugian. Kesemua transaksi itu menggunakan wang simpanan sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#Suri Rumah #mangsa penipuan #kerja sambilan #media sosial