awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah terkejut jumpa janin bayi berulat tersandar di tiang elektrik

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
01/03/2019
14:56 MYT
Suri rumah terkejut jumpa janin bayi berulat tersandar di tiang elektrik
Janin itu ditemui seorang suri rumah pada kira-kira jam 3 petang tadi ketika melintasi kawasan tersebut. - Foto Astro AWANI
Janin bayi yang sudah berulat ditemukan disandar pada tiang elektrik berhampiran pokok duku di Kampung Banggol Kapas, Marang pada Jumaat.
Janin itu ditemui seorang suri rumah pada kira-kira jam 3 petang tadi ketika melintasi kawasan tersebut.
Menurut Noor Azura Husim, 34 tahun, ketika melalui kawasan itu dia terhidu bau busuk sebelum menemui objek yang mencurigakan.
Noor Azura yang pelik dengan objek di dalam beg kertas berkenaan, kemudian meminta anak perempuannya memeriksa satu lagi objek yang dibalut dengan kain batik.
"Saya nak pergi kenduri, saya tengok ada beg kertas.. dan ada kain batik. Saya pusing balik dan suruh anak perempuan saya periksa (objek itu) tapi anak saya tak berani.
"Kemudian saya panggil anak sedara (perempuan) saya pula dan minta dia melihatnya, dan anak saudara saya kata kain batik tu ada darah. Kami terkejut," katanya.
Katanya mereka lebih terkejut apabila terlihat kulit kepala di dalam bungkusan berkenaan.
Noor Azura juga berkata dia menyedari beg kertas itu sejak Rabu lalu namun tidak menyangka mengandungi janin bayi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya janin berkenaan telah dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#ditemukan disandar
#Janin bayi yang sudah berulat
#Kampung Banggol Kapas
#Noor Azura Husim
#objek yang mencurigakan
#pokok duku
#tiang elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan