PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023 di sini hari ini, Fahmi berkata KKD akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya itu.
"Ada perancangan besar iaitu harapan untuk usahakan pembentukan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia," katanya.
Fahmi dalam pada itu berkata beberapa pindaan melibatkan agensi di bawah KKD seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Feb ini.
"Tiada guna kalau data ada tetapi tidak selamat, JPDP perlu diperkukuh dan CSM juga perlu dilonjakkan... perkara-perkara asas perlu diselesaikan segera," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Feb ini dan Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula di Parlimen pada 24 Feb oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.
Sementara itu, Fahmi berkata semakan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan selesai sebelum hujung Mac ini dan ketika ini sedang diadakan proses mengumpul maklum balas serta pertemuan dengan semua pihak berkaitan.
"5G main peranan bukan hanya akses perkhidmatan, ia adalah cara urus teknologi dan keupayaan bantu masa depan dengan lebih baik serta lebih Madani," katanya.
Pada 13 Jan lepas, Fahmi berkata dasar pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum penghujung suku pertama tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Fahmi berkata KKD akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya itu. - Foto BERNAMA

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber dijangka dibentang Jun ini
Fahmi berharap cadangan penubuhan itu dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini selepas mendapat kelulusan Kabinet serta pengurusan tertinggi.

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal diwujudkan - Fahmi
Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.