NATIONAL
Suruhanjaya Tinggi Bangladesh sambut Hari Kebangsaan ke-54 di KL

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (tengah) menyaksikan Datuk Seri Nancy Shukri (empat, kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia Md Shameem Ahsan (tiga, kanan) memotong kek pada Rabu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan ke-54 negara itu pada Rabu, sambil menekankan persahabatan yang berkekalan dan kerjasama yang semakin berkembang antara kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Hari Kemerdekaan ke-54 Bangladesh disambut di Malaysia, menekankan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
- Hubungan politik antara Bangladesh dan Malaysia diperkukuh melalui persahabatan antara pemimpin kedua-dua negara, termasuk lawatan Anwar Ibrahim ke Bangladesh.
- Bangladesh sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Asia Selatan, dengan jumlah dagangan dua hala hampir AS$4 bilion dan lebih 380 syarikat Malaysia beroperasi di Bangladesh.
Beliau berkata lawatan Anwar ke Bangladesh tahun lepas, ketua kerajaan pertama berbuat demikian selepas Revolusi Julai-Ogos, menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap kepimpinan Profesor Yunus dan visi untuk Bangladesh baharu.
Md Shameem turut menekankan pembangunan sosioekonomi Bangladesh yang pesat, meletakkan negara itu sebagai rakan kongsi yang semakin bernilai bagi Malaysia.
"Bangladesh kini merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Asia Selatan, dengan jumlah dagangan dua hala mencecah hampir ASS$4 bilion pada tahun fiskal lepas.
"Malaysia juga kekal sebagai pelabur utama di Bangladesh, dengan lebih 380 syarikat Malaysia beroperasi di negara kami. Kami menjemput perniagaan Malaysia untuk meneroka lebih lanjut peluang luas yang ditawarkan Bangladesh," katanya.
Pesuruhjaya Tinggi itu berkata Bangladesh telah meraih pengiktirafan antarabangsa atas pencapaiannya dalam pembasmian kemiskinan, keselamatan makanan, pemerkasaan wanita, kesamaan jantina, pengurusan bencana dan daya tahan perubahan iklim.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis itu berkata Malaysia berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan Bangladesh dalam bidang pemerkasaan ekonomi wanita.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami