MALAYSIA
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia anjur program promosi TMM2026
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia menganjurkan Program Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Windhoek pada 15 Nov dalam usaha memperkukuh promosi di rantau Afrika. - Gambar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia (Malawakil Windhoek) menganjurkan Program Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Windhoek pada 15 Nov dalam usaha memperkukuh promosi di rantau Afrika.
Kuasa Usaha Sementara ke Namibia, Khornelisman Jasri berkata, penganjuran itu dapat memperkenalkan keunikan budaya Malaysia kepada pasaran pelancongan yang berpotensi.
"Malaysia menawarkan pelbagai tarikan merangkumi budaya, alam semula jadi, gastronomi dan pengalaman pelancongan bertaraf dunia.
"Melalui program ini, kita ingin memastikan rakan-rakan di Namibia mendapat maklumat tepat dan menyeluruh mengenai apa yang menanti pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Program di The Grove Mall dihadiri oleh wakil kerajaan Namibia, Kor Diplomatik, penggiat industri pelancongan, wakil media serta masyarakat di Namibia.
Pelaksanaan program itu selaras dengan fokus kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelancong antarabangsa dan memperkasa hubungan dua hala melalui diplomasi pelancongan.
Program itu turut melibatkan aktiviti tayangan video promosi pelancongan Malaysia, persembahan tarian kebudayaan, serta sesi promosi pakej pelancongan ke Malaysia dengan kerjasama agensi pelancongan tempatan, di samping acara interaktif seperti pertandingan kuiz pelancongan dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Malaysia menyasarkan peningkatan ketibaan pelancong antarabangsa secara signifikan sepanjang TMM2026 melalui kerjasama strategik dengan rakan industri global, termasuk negara-negara Afrika seperti Namibia.
Menurut kenyataan itu, Malawakil Windhoek akan terus melaksanakan program susulan dan menyokong usaha promosi TMM2026 dengan mengukuhkan kerjasama bersama agensi pelancongan tempatan, pihak media serta komuniti diplomatik di Namibia.
-- BERNAMA