awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh

Bernama
Bernama
24/05/2024
10:56 MYT
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh
Kejadian tanah runtuh yang melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby pada awal pagi Jumaat. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea sedang memantau situasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Wilayah Enga di negara berkenaan.
Kementerian itu yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan perkara itu menerusi hantaran Facebook Wisma Putra pada Jumaat.
"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut catatan itu di Facebook.
Menerusi catatan itu, Wisma Putra turut berkongsi maklumat penting bagi rakyat Malaysia untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby yang beralamat di Lot 16, Seksyen 531 Rosewood Executive Residences, Savannah Heights, Port Moresby.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon +675-3251506 (waktu pejabat) dan +675-3252076 (selepas waktu pejabat) atau menerusi e-mel di alamat [email protected] dan menerusi laman web di http://www.kln.gov.my/png_port-moresby/home .
Terdahulu Agensi Berita Jerman (dpa) dari Sydney melaporkan lebih 100 orang dikhuatiri terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Papua New Guinea.
Laporan yang memetik stesen penyiaran awam Australia, ABC melaporkan tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby pada awal pagi Jumaat.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah korban, demikian menurut laporan itu.
Papua New Guinea, dengan populasi hampir 10 juta orang, terletak di utara Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Papua New Guinea
#Wisma Putra
#Port Moresby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan