awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tinggi Singapura sumbang bekalan penjagaan kesihatan, alat bantu mengajar

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2020
12:15 MYT
Suruhanjaya Tinggi Singapura sumbang bekalan penjagaan kesihatan, alat bantu mengajar
Loy Hui Chien (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TFM Chan Soon Seng di ibu pejabat TFM. - Astro AWANI
Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur telah menyumbangkan pelitup muka, cecair pembasmi kuman, dan alat tulis bernilai RM15,000 kepada 95 felo daripada Teach For Malaysia (TFM), iaitu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan usaha meningkatkan peluang pendidikan di seluruh Malaysia.
Felo-felo itu adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Kepimpinan selama dua tahun yang dikendalikan TFM, yang menyaksikan mereka berkhidmat sebagai guru di sekolah-sekolah menengah berkeperluan tinggi.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Loy Hui Chien, berkata pembelajaran dalam bilik darjah yang dimulakan kembali adalah penting demi pembangunan pelajar.
“Pendidikan adalah penting bagi masyarakat yang makmur dan stabil. Meskipun dalam kehadiran COVID-19 yang menjejas kehidupan ramai pelajar dan guru, saya tersentuh melihat dedikasi para felo untuk terus mendidik.
“Dalam semangat Hari Kebangsaan kedua-dua negara, saya berharap sumbangan Suruhanjaya Tinggi ini boleh membantu para guru untuk terus mengajar dalam persekitaran yang kondusif dan selamat,” ujar beliau.
Antara penerima sumbangan di bawah program TFM.
Antara penerima sumbangan di bawah program TFM.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TFM, Chan Soon Seng berkata, pendidikan sangat penting dalam menghasilkan barisan pemimpin masa depan di negara ini.
“Kami sangat berterima kasih atas sokongan Suruhanjaya Tinggi Singapura dalam memastikan barisan hadapan pendidikan dan pelajar bersedia untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan selamat sepanjang tempoh ini,” katanya.
Sumbangan bekalan yang diterima setiap seorang daripada 95 felo dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah itu merangkumi sekotak pelitup muka, cecair pembasmi kuman, pen penanda papan putih, kertas nota lekat dan sarung penyimpan pelitup muka.
Topic Berkaitan
#alat tulis
#cecair pembasmi kuman
#COVID-19
#felo
#pandemik
#pelajar
#pelitup muka
#pendidikan
#sumbangan
#suruhanjaya tinggi singapura
#tenaga pengajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan