KUALA LUMPUR:Pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik - Digital di Anugerah Televisyen Asia ke 25, Bront Palarae, menyifatkan survival sebagai fokus utama dirinya ketika ini.
Biarpun baru sahaja memenangi anugerah berprestij itu, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya, terutama ketika negara dan seluruh dunia masih bertarung melawan pandemik COVID-19.
"Buat masa sekarang, saya sudah cukup bersyukur jika segala perancangan yang dirancang beberapa tahun lepas dapat dihasilkan tahun ini atau tahun depan.
"Tak ada sebarang expectation kerana dalam situasi sekarang, survival adalah perkara paling penting," katanya ketika ditemubual dalam Buletin AWANI.
bBerpendapat industri hiburan tidak termasuk dalam kategori sektor berkepentingan buat masa ini, Bront bagaimanapun berharap industri dapat terus menyumbang terutama dalam aspek meredakan ketegangan dan tekanan, kesan daripada pandemik yang melanda.
Seperti juga rakyat Malaysia yang lain, aktor Ola Bola dan Terbaik Dari Langit itu juga berkongsi kebimbangan dengan situasi yang tidak menentu ketika ini dan berharap kestabilan dapat segera dipulihkan.
"Kita risaukan banyak perkara, ekonomi dan pendidikan terutamanya. Ini kegusaran yang real, bukan dibuat-buat.
"Saya serahkan kepada pemimpin-pemimpin negara untuk memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat dan meneruskan kelangsungan hidup kita semua," ujarnya.
Dalam Anugerah Televisyen Asia ke 25 yang berlangsung secara maya pada Sabtu, Bront dinobatkan pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik - Digital menerusi lakonannya dalam siri The Bridge, yang disiarkan di sebuah laman penstriman.
Madiha Abdullah
Sun Jan 17 2021

Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.

Hari Wanita 2021 | Hanya kita yang tahu kelebihan diri sendiri - Sherry Alhadad
Tidak mudah untuk berada dalam industri seni tanah air, namun itu bukan penghalang buat pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad untuk terus berjaya dalam industri seni.

AWANI Ringkas: PM berlepas ke Riyadh hari ini

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.71 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.71 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Hari Wanita 2021 | Kesamarataan perlu bermula di rumah
Dalam sistem patriarki pada tahap keluarga, lelaki dilihat sering mendahului wanita dalam segala aspek. Namun, dalam era modenisasi, perspektif patriarki harus digantikan dengan perspektif kesamarataan. Justeru, pendedahan kepada nilai kesamarataan jantina harus bermula dalam keluarga sendiri, di mana ibu bapa digalakkan mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka untuk hidup seiring dan saling membantu.

Hari Wanita Sedunia | Penyakit Autoimun bukan penghalang kejayaan
Dr Rebecca Wong Shin Yee, sememangnya suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sains bukan sahaja di Malaysia, malah di seantero dunia. Namun, siapa sangka insan yang tersenarai sebagai 2 peratus saintis terkemuka dunia oleh Standford University itu menanggung derita akibat penyakit Autoimun.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.59 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.59 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 524 ribu kes.

Hari Wanita 2021 | JPW, AIM Perak buka peluang kejayaan wanita
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada golongan wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan khususnya perniagaan. Usaha kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19, memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Letupan di berek tentera, 20 maut dan lebih 600 cedera
Kejadian dipercayai disebabkan oleh kecuaian dalam pengurusan bahan letupan.

Liverpool gagal pulih badi kekalahan
Rembatan Mario Lemina menjelang rehat membuktikan pelawat sememangnya berhak untuk meraih tiga mata dalam usaha mencari jalan keluar dari zon penyingkiran.

Manchester United musnah rekod kebal barisan Guardiola
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas 101 saat tiupan wisel pertama berikutan kekasaran Gabriel Jesus.

Survival paling penting buat masa ini - Bront Palarae
Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.

'Pengkor' lonjakkan nama Bront di Indonesia
Bront berkongsi rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada produksi filem itu kerana jalan penceritaannya yang berbeza termasuk konflik dalam politik.

Selepas raih trofi Filem Terbaik FFM30, One Two Jaga ditayangkan semula!
Siapa yang belum tengok, ini la masanya ..

One Two Jaga dinobat Filem Terbaik FFM30
Kejayaan One Two Jaga juga berjaya menumpaskan empat calon akhir lain iaitu Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Pasangge.

Bront Palarae tak berlakon drama tempatan?
Pelakon popular Bront Palarae, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39 menjelaskan dia tidak terlalu memilih tawaran berlakon yang diberikan kepadanya namun agak teliti dari segi kualiti.

Wow! 'Dukun' ditayang di New York
Filem 'Dukun', lakonan pelakon utamanya, Datin Seri Umie Aida dan Faizal Hussein mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di New York pada 13 Julai ini.

Bront Palarae lancar kempen kumpul dana biaya 'Dawn Raid'
'Dawn Raid' berkisarkan bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated pada tahun 1981 yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

'Dawn Raid' dijangka ditayangkan pada Hari Kebangsaan 2019
Filem yang bakal ditayangkan dalam versi dwibahasa itu akan memulakan penggambaran sejurus medapat dana.

"Saya lihat mayat terlentang di tengah lebuh raya NKVE" - Loque Butterfingers
Pemain gitar kumpulan Butterfingers, Loque berkongsi pengalaman ngeri melihat mayat dalam satu kemalangan maut di tengah lebuhraya NKVE.

Mistik 'Pengabdi Setan' bawa Bront Palarae merantau
Ia membuktikan kerjasama pasukan di sebalik tabir pembikinan filem itu, diperakui dan dipersetujui khalayak filem antarabangsa.