awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh Nur Farah Kartini dituduh esok

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2024
07:31 MYT
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dituduh esok
Suspek berusia 26 tahun direman 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Jumaat.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
“Ya, suspek akan dituduh esok (Jumaat) di Mahkamah Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada Khamis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor, 15 Julai lalu.
Berikutan itu, hari yang sama, suspek iaitu seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Perak telah ditahan.
Suspek berusia 26 tahun kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai sebelum dilanjutkan lagi tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sepanjang tempoh itu, beberapa barang kes yang dikaitkan dengan kes terbabit telah dijumpai antaranya telefon pintar, beg tangan, kunci kereta dan dompet berisi kad pengenalan Nur Farah.
Penemuan barang kes itu ditemui di sekitar lokasi penemuan mayat mangsa selain di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.
Mangsa yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Nur Farah Kartini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan