awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek keempat kes rompakan bersenjata di Parit Buntar ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/11/2022
02:00 MYT
Suspek keempat kes rompakan bersenjata di Parit Buntar ditahan
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di Butterworth, Pulau Pinang kira-kira 10.30 malam tadi. -Gambar hiasan
BAGAN SERAI: Polis berjaya menahan seorang lagi suspek yang melarikan diri dalam rompakan bersenjata di Parit Buntar, dekat sini, baru-baru ini.
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di Butterworth, Pulau Pinang kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Pada Ahad, tiga suspek yang disyaki terlibat dalam insiden rompakan bersenjata sehingga menyebabkan kecederaan seorang pembekal sayur di Parit Buntar ditahan.
BACA: Polis tahan tiga lelaki syaki terlibat rompakan bersenjata di Parit Buntar
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, ketiga-tiga suspek direman selama lima hari hingga 2 Disember ini.
“Suspek yang baru ditahan malam tadi akan direman pagi ini,” kata Juna.
Kesemua suspek berusia 47 hingga 63 tahun itu ditahan dalam rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sekitar Parit Buntar kira-kira jam 4 pagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan itu dibuat selepas terlihat sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, polis menahan kereta terbabit selepas mendapati terdapat tiga lelaki bersenjatakan pedang dan parang memasuki kereta berkenaan.
Suspek yang terkejut bertindak melibas pedang ke arah pasukan polis dan cuba melarikan diri dengan memandu dan melanggar kenderaan polis yang berada di hadapan kereta mereka.
Polis, dalam usaha mempertahankan diri, terpaksa melepaskan tembakan bagi memberhentikan kenderaan suspek.
Tiga suspek itu kemudian berjaya diberkas, manakala seorang lagi telah melarikan diri sebelum ditangkap malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 38 Akta Senjata Api 1960.
Topic Berkaitan
#suspek kes rompakan
#pembekal sayur
#Juna Yusoff
#Mohd Yusri Hassan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan