MALAYSIA
Suspek kelar dan bunuh dua beradik positif dadah

Dalam kejadian pada malam Selasa kanak-kanak perempuan, Nurul Hanim Idris, 5, dan adiknya, Muhammad Hafiz Idris, 1, dibunuh dengan kejam selepas suspek mengamuk lalu mengelar leher kedua-dua mangsa. - Foto Astro AWANI
Suspek kejadian amuk sehingga mengorbankan nyawa dua beradik di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai Yan, disahkan positif dadah.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek berusia 49 tahun itu mendapati suspek positif dadah jenis ganja.
Jelas Meor Farid, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa dia bertindak mengelar leher mangsa sehingga mati.
Beliau juga memaklumkan polis telah memanggil beberapa saksi kejadian bagi membantu siasatan..
Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami