awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kemaruk air ketum ditahan

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2020
23:46 MYT
Suspek kemaruk air ketum ditahan
Dua suspek diberkas bersama botol berisi cecair hijau dipercayai air ketum. -Astro AWANI
Dua pemuda yang keluar dipercayai untuk mendapatkan bekalan air ketum ketika perintah kawalan pergerakan PKP) COVID-19 berkuat kuasa menerima padah selepas diberkas polis.
Suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan kira-kira jam 11 pagi Rabu di tepi jalan besar Kampung Durian Bador, di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata sebelum ditahan suspek berusia 32 dan 23 tahun itu cuba melarikan diri dengan memecut motosikal yang dinaikinya.
Jelasnya, polis terus mengekori suspek dan beberapa kali memberi amaran sebelum mereka berjaya ditahan di tepi jalan.
Hasil pemeriksaan polis menemukan botol yang mengandungi cecair kehijauan dipercayai air ketum.
Mohd Adli berkata ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.
Topic Berkaitan
#bekalan air ketum
#cecair kehijauan
#COVID-19
#koronavirus
#methamphetamine
#Mohd Adli Mat Daud
#penyakit berjangkit
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Seksyen 186
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan