awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes bunuh pemandu lori direman tujuh hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/02/2024
10:16 MYT
Suspek kes bunuh pemandu lori direman tujuh hari
Pada Selasa, seorang lelaki ditahan polis di perkarangan Hospital Kulim pada jam 1 tengah hari selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu. - Gambar fail
KULIM: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh pemandu lori di dalam sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, Ahad lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu direman sehingga 5 Mac ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
Beliau berkata, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada Selasa Astro AWANI melaporkan, seorang lelaki ditahan polis di perkarangan Hospital Kulim pada jam 1 tengah hari selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu.
Hasil siasatan suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian serangan terhadap mangsa yang berusia 27 tahun yang ditemui berlumuran darah Ahad lalu.
Suspek memaklumkan dia dicederakan oleh seseorang menggunakan pisau sewaktu berada di depan kedai kopi berkenaan.
Dia kemudian dihantar oleh rakannya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#bunuh pemandu lori
#lelaki direman
#kedai kopi
#Padang Serai
#ditetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan