awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes bunuh pemandu teksi direman

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2023
05:45 MYT
Suspek kes bunuh pemandu teksi direman
Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada badan di tempat duduk penumpang belakang dalam teksi yang dipandunya. - Gambar fail
KUALA NERUS: Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang pemandu teksi dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, di sini pada malam Khamis.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 29 tahun itu telah ditangkap ketika malam kejadian dan kini ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Suspek mengalami kecederaan pada badan di mana terdapat tusukan tajam mengenai tulang belikat sehingga hampir menyentuh paru-paru selain terdapat kesan kelaran pada bahu sebelah kiri.
"Memandangkan suspek dalam keadaan lemah, siasatan masih belum dapat dijalankan buat masa ini dan berada bawah kawalan pihak polis di hospital.
"Setakat ini kita masih belum dapat kenal pasti punca kematian mangsa dan kecederaan pada suspek," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan seorang pemandu lelaki, Mohd Latif Idris, 51 ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada badan di tempat duduk penumpang belakang dalam teksi yang dipandunya.
Allahyarham Mohd Latif meninggalkan balu, Noor Azlina Ramli, 41 serta dua cahaya mata iaitu Muhammad Nasha Fikri, 20 yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Eliy Syazwani, 16.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Parit pada Jumaat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#pemandu teksi
#siasatan polis
#Mazli Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan