Suspek kes bunuh wanita dibungkus selimut direman seminggu

Bernama
September 15, 2019 22:22 MYT
Suspek direman mulai Ahad bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar hiasan
Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui berbungkus dalam selimut di sebuah pangsapuri di Prima Damansara, Petaling Jaya, Rabu lepas, direman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata suspek direman mulai Ahad sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Semalam, polis telah menahan suspek pada kira-kira 1.30 pagi selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Negeri Sembilan.
Pada Rabu lepas, mayat seorang wanita ditemui berbungkus dalam selimut yang diletakkan dalam timbunan bantal di pangsapuri berkenaan.
BACA: Kes mayat wanita dalam selimut, bekas suami ditahan
BACA: Mayat janda berbungkus selimut ditemui
Hasil bedah siasat polis sebelum ini mendapati wanita itu dipercayai mati akibat sesak nafas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
#bekas suami #bungkus dalam selimut #bunuh #mayat #Mohd Zani Che Din #Petaling Jaya #polis #reman #serah diri #sesak nafas #siasatan #suspek #Tampin