MALAYSIA
Suspek kes pukul pekerja restoran makanan segera akan didakwa Khamis depan
Farid yang hadir di Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada Selasa menyatakan pendakwaan tetap akan diteruskan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SERDANG: Suspek kes pukul seorang pekerja restoran makanan segera yang cedera dalam kejadian di Serdang Raya pada awal minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis depan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, suspek ketika ini berada di luar negara dan dijangka pulang ke Malaysia pada awal tahun hadapan.
“Suspek kini berada di luar negara dan akan dituduh pada 8 Januari depan (Khamis) sebaik sahaja tiba di tanah air.
“Siasatan kes berkenaan telah lengkap dan dirujuk kepada pihak pendakwa raya minggu lalu sebelum kebenaran untuk pendakwaan diperoleh.
“Kes tersebut akan menyebabkan suspek berdepan pertuduhan berkaitan insiden pergaduhan yang mencetuskan perhatian ramai di media sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada Selasa.
Jelas Farid, walaupun berada di luar negara, tindakan pendakwaan tetap akan diteruskan dan suspek akan dibawa ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Khamis lalu dilaporkan bahawa dipercayai gara-gara tidak berpuas hati berhubung perniagaan yang dijalankan di aplikasi TikTok, seorang pekerja restoran makanan segera cedera dipukul dalam kejadian berkenaan.
Mangsa, seorang wanita berbangsa India berusia 45 tahun, ketika itu sedang bekerja di sebuah restoran makanan segera sebelum didatangi tujuh individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami bengkak pada pipi kiri serta luka kecil di bahagian dalam bibir kiri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.