awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tendang bayi sehingga maut didapati positif dadah

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
28/01/2016
10:25 MYT
Suspek kes tendang bayi sehingga maut didapati positif dadah
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak terbabit adalah pendarahan dan kecederaan serius pada bahagian dalam abdomen. - Gambar Hiasan
Siasatan awal polis mendapati suspek kes bayi berusia 17 bulan yang maut ditendang oleh suami pengasuhnya pada 15 Januari lalu di Langkap, Perak, positif dadah dan mempunyai rekod sebagai penagih dadah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan bahawa bayi terbabit, G.R Joshika Raj, dipercayai meninggal dunia ketika diberi rawatan di Klinik Kesihatan Langkap.
"Hasil siasatan lanjut mangsa telah dihantar ke rumah pengasuh oleh ibunya yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dengan bayaran pengasuh sebanyak RM200 sebulan.
"Siasatan lanjut terhadap suami pengasuh yang positif dadah dan mempunyai masalah ketagihan turut mendedahkan bahawa beliau ada menendang mangsa," katanya kepada ASTRO AWANI pada Khamis.
Mohd Shuhaily berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak terbabit adalah pendarahan dan kecederaan serius pada bahagian dalam abdomen.
Sehubungan itu, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dan suami pengasuh telah dituduh dibawah Sek 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis.
"Saya ingin menasihatkan ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan pengasuh agar menyelidik latar belakang mereka terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku," ujar Mohd Shuhaily.
Topic Berkaitan
#bayi
#G.R Joshika Raj
#Langkap
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan