MALAYSIA
Suspek kes tikam isteri, peniaga di Guar Chempedak disambung reman 6 hari
Lanjutan reman itu dipohon bagi membantu polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Tempoh reman terhadap suspek lelaki yang disyaki menikam isteri dan peniaga telefon bimbit sehingga mati di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan, dekat sini, dilanjutkan enam hari sehingga 24 September.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, lanjutan reman itu dipohon bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jumaat lalu suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Kuala Terengganu.
Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang 24 sentimeter yang dipercayai dibuang suspek di kawasan semak di tepi jalan di Sungai Petani, sejurus kejadian sebelum melarikan diri ke Kuala Terengganu.
Semakan rekod turut mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan berkaitan kes cuba melanggar mangsa lelaki yang sama, pada Ogos lalu.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Taman Nona di Guar Chempedak.
Mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah rumah, manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.
Jarak lokasi mangsa lelaki ditemui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.